Tunang kepada aktor Rana Daggubati, Miheeka Bajaj telah berkongsikan fotonya bagi upacara Lagna Patrikalu, di mana keluarga lelaki datang melawat rumah keluarga perempuan dan mengedarkan kad jemputan kahwin baru-baru ini.

Foto-fotonya menggayakan pakaian tradisional India, iaitu sepasang lehenga berwarna hijau 'mint', diserikan dengan barang kemas, termasuk pelitup muka yang dijahit khas untuk melengkapkan gayanya.

"Perayaan ini bersambung lagi! Terima kasih kerana membuat hari saya lebih istimewa!" tulisnya dalam salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

????

A post shared by Miheeka ?? (@miheekabajaj) on

Seperti yang dilaporkan menerusi Bollywood Hungama, Rana yang juga aktor filem pecah panggung "Baahulbali" telah memberi kejutan kepada rakan-rakan selebriti serta para peminat dengan mengumumkan pertunangannya bersama Miheeka bulan lalu.

Beberapa hari selepas pengumuman itu dibuat, pasangan itu dilihat meraikan majlis pertunangan mereka yang diadakan secara tertutup di Hyderabad. Foto-foto majlis itu juga telah dikongsikan menerusi laman Instagram masing-masing.

To the beginning of forever ?? @ranadaggubati

A post shared by miheeka (@miheeka) on

Sedikit info, Miheeka merupakan pengasas pengurusan majlis Dew Drop Design Studio di Hyderabad. Menurut laporan, pasangan serasi itu dijangka akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 8 Ogos tahun ini.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Miheeka Bajaj Instagram)