Bekas aktres dan penerbit filem Bollywood Twinkle Khanna berjaya menarik perhatian para peminat setelah berkongsikan 'posting' melucukan tentang filem lakonannya "Mela" di laman Instagram baru-baru ini.
"Saya rasa sesetengah perkara tiada titik penghujungnya! Foto ini muncul dalam mesej-mesej saya dan tiada apa saya boleh kata selain "Mela" telah tinggalkan kesan atau parut, tidak kira bagaimana anda melihatnya, pada saya dan seluruh negara," tulisnya.
Ternyata filem arahan Dharmesh Darshan itu memberi kesan positif dan negatif buat Twinkle memandangkan ia gagal menerima sambutan, namun lakonan hebatnya masih dipandang tinggi oleh penonton.
Selain Twinkle, filem aksi itu turut dibintangi oleh Aamir Khan, Faisal Khan, Tinu Verma, Johny Lever, Navneet Nishan dan ramai lagi.
Buat makluman lanjut, selepas berkahwin dengan bintang Bollywood Akshay Kumar pada 2001, Twinkle membuat keputusan untuk berhenti berlakon, di mana filem terakhirnya adalah "Love Ke Liye Kuch Bhi Karega".
Seperti yang dilaporkan oleh India Today, ini bukanlah kali pertama Twinkle berlawak tentang filem "Mela", apabila dia mengaitkan filem itu dengan kontroversi Ayodhya Mela dan COVID-19 pada Mac lalu.
"Mela(s), pada dasarnya, boleh membahayakan kesihatan. Saya tahu," guraunya.
(Sumber : India Today)
(Sumber foto: Elle India)