Pada tiga tahun lalu aktor Varun Dhawan dan abangnya Rohit telah bekerjasama buat pertama kalinya dalam menjayakan filem aksi komedi arahan Rohit berjudul "Dishoom".

Kini laporan dari Mumbai Mirror menyatakan bahawa sekuel filem terbitan Sajid Nadiadwala itu sedang dihasilkan dan penggambarannya dijangka akan bermula pada tahun hadapan.

"Rohit sedang bekerja dalam membangunkan beberapa idea bagi filem arahannya yang seterusnya. Salah satunya adalah potensi untuk mengembangkan francais filem polisnya itu.

"Dia telah mengemukakan draf pertama kepada Varun dan Sajid, yang mana kedua-duanya telah memberi lampu hijau kepada projek itu," dedah satu sumber.

Menurut sumber itu lagi, penggambaran akan dilakukan di India dan luar negara, dan Rohit bersama kumpulan produksinya akan mencari lokasi sesuai pada awal tahun hadapan.

Dalam filem pertama, Varun telah digandingkan bersama John Abraham dan Jacqueline Fernandez. Dua aktor itu membawa watak polis yang diberi tugas untuk menyelamatkan bintang kriket India yang diculik.

Dalam perkembangan lain, Varun akan memasuki set penggambaran filem "Mr Lele" arahan Shashank Khaitan pada Mac 2020 bersama aktres Kiara Advani dan Bhumi Pednekar.

(Sumber foto: BHM Pics)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)