Dunia Bollywood tampil memberi 'tribute' buat kali terakhir kepada aktor Sushant Singh Rajput yang meninggal dunia pada Ahad lalu, dan sepertinya aktor Vicky Kaushal juga tidak ketinggalan.

Seperti yang dilihat menerusi laman Instagram Vicky, aktor itu memuat naik sekeping foto dirinya yang sedang berdoa, berlatarbelakangkan pemandangan Golden Temple di Amritsar.

"Saya doakan ketenangan dan kesejahteraan buat semua, kepada mereka yang masih hidup dan kepada mereka yang telah meninggal dunia," tulisnya di ruangan kapsyen seperti yang dilaporkan Devdiscourse.

Jo hai... jo chale gaye, saareyaan nu sukh shaanti bakshyo. ???

A post shared by Vicky Kaushal (@vickykaushal09) on

Baru-baru ini, Vicky turut dilihat berkongsikan foto Sushant di Instagramnya berserta nota istimewa yang menyayat hati buat aktor filem "Chhichhore" tersebut.

"Tidak pernah dapat mengenalinya dengan lebih rapat tetapi perasaan ini sungguh sedih. Tidak dapat saya bayangkan apa yang dihadapinya dan keperitan yang dirasai keluarga dan rakan-rakannya pada ketika ini.

"Semoga Tuhan memberi mereka kekuatan. Bersemadilah dengan tenang Sushant," tulis aktor filem "Sanju" itu menerusi ruangan kapsyen.

Selain Sushant, dunia Bollywood telah kehilangan tiga lagi selebriti ternama sejak April lalu iaitu Rishi Kapoor, Irrfan Khan dan komposer muzik Wajid Khan.

(Sumber: Devdiscourse & Vicky Kaushal Instagram)
(Sumber foto: The Express Tribune & Cineblitz)