Berita gembira buat peminat aktres popular Vidya Balan yang tidak sabar melihat aktres itu beraksi di layar perak apabila Vidya telah memaklumkan dia kini baru memulakan penggambaran filem terbarunya berjudul "Sherni".
Menurut laporan dari Bollywood Hungama, aktres itu telah mendedahkan perkara itu menerusi laman sosial Instagram miliknya yang mana hari pertama penggambaran itu berlangsung pada Hari Hidupan Liar Sedunia.
"Penggambaran #Sherni bermula pada #HariHidupanLiarSedunia," tulisnya.
Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Amit Masurkar dan diterbitkan oleh Bhushan Kumar, Vikram Malhotra, Krishan Kumar dan Amit Masurkar sendiri.
Dalam perkembangan lain, selain "Sherni" aktres itu juga bakal muncul dalam filem terbarunya yang diangkat dari kisah sebenar mengenai Shakuntala Devi iaitu seorang genius dalam matematik dan juga dikenali sebagai kalkulator manusia.
(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: tokkoro.com)
Public Anonymous User
Wed Mar 04 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!