Polis Gondia telah menahan aktor dan pengarah Bollywood Vijay Raaz pada Isnin atas tuduhan mencabul seorang kru produksi wanita filem "Sherni" di sebuah hotel pada Oktober lalu.
"Aktor Vijay Raaz telah ditahan di Gondia pada Isnin kerana dituduh telah mencabul seorang wanita yang juga pelakon. Kes itu telah pun didaftarkan.
"Ketika penggambaran sedang berlangsung pada malam Isnin, salah seorang dari kru telah memfailkan laporan kerana mendakwa dia dicabul oleh Vijay Raaz di sebuah hotel di mana kumpulan produksi menginap.
"Berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa dan saksi lain yang terdiri daripada kru, kami telah memfailkan Laporan Maklumat Pertama (FIR) dan menahan Raaz pada pagi Selasa," kata Penguasa Polis Gondia Atul Kulkarni yang dipetik dari Times of India.
Walau bagaimanapun, menurut Atul lagi, mahkamah telah membebaskan aktor filem "Stree" itu dengan ikat jamin.
Penggambaran filem "Sherni" telah berlangsung di kawasan hutan Balaghat, kira-kira 40km dari kawasan perumahan Madhya Pradesh.
Diarahkan oleh Amit Masurkar, filem itu menceritakan kisah harimau betina bernama Avni, yang ditembak mati pada 2 November 2018, selepas ia dipercayai telah menyebabkan kematian 13 individu.
Selain Vijay, filem itu turut dibintangi oleh aktres terkenal Vidya Balan, yang menggalas watak utama.
Dalam perkembangan lain, Vijay juga akan muncul dalam dua buah filem baru iaitu "Suraj Pe Mangal Bhari" dan "Gangubai Kathiawadi".
(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Times of India)
Public Anonymous User
Wed Nov 04 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!