Belum selesai isu nepotisme, kini pembikin filem tersohor Bollywood Karan Johar sekali menerima kecaman hebat daripada warganet susulan fotonya di majlis sambutan hari jadi ke-62 aktres Neetu Kapoor tular di Internet.
Sehubungan dengan itu, warganet mempersoalkan kondisi Karan, atau lebih mesra disapa KJo, yang dikatakan mengalami kemurungan dan sedang berduka atas kematian aktor meningkat naik Sushant Singh Rajput pada Jun lalu.
Seperti yang dilihat menerusi Twitter, ramai pengguna media sosial berkenaan menyindir perbuatan KJo yang dianggap hipokrit kerana dilihat sedang bergembira di majlis hari jadi ibu kepada aktor Ranbir Kapoor itu.
#KaranJohar was reportedly devastated by online trolling. ? he's so devastated that he's partying #shameonkaranjohar #alia #NepotismEndsin2020 #nepotisminbollywood #SushantInOurHeartsForever #CBIEnquiryForSushantSinghRajput #CBIForSonOfBihar pic.twitter.com/qgl2RCcPQH
- Yashasvita Rathore (@YashasvitaRath2) July 9, 2020
#KaranJohar is so sad that he just cant stop celebrating and eating cake on Neetu Kapoor's birthday ...#CBIForSonOfBihar pic.twitter.com/uUjQ9utN2y
- Dhirazz Varan(Dhiru) (@DhirazzVaran) July 9, 2020
Is Karan Johar really in bad situation so how can he attend the last night party at Neetu's house? How dumb #KaranJohar #SCOrderforsushant #cbiforsushant #CBIForSushantSinghRajput
- Siya Natarajan (@NatarajanSiya) July 9, 2020
Oh really! ??
- Soha Patel (@patelsoha18) July 9, 2020
Karan is not in a condition to speak ?
He cries everytime his friends call him!
Then who is this person smiling and celebrating Neetu Kapoor's Birthday!
Again cheap PR Stunts!!
Shame on you bollywood!#SCOrderCBIForSSR #WhyDelayInCBIForSSR pic.twitter.com/c5BOQBJsYY
Terdahulu, terdapat laporan media menyatakan bahawa rakan baik KJo mendedahkan pembikin filem itu mengalami kemurungan kerana menerima kecaman serta ugutan bunuh daripada segelintir pihak.
"Buat masa ini Karan tidak mahu membuka mulut. Perbalahan itu membuatkannya tidak bersemangat lagi. Dia akan berasa murung dan menangis apabila kami menghubunginya. Dia kerap menangis sejak kebelakangan ini," katanya yang dipetik dari Pinkvilla.
KJo merupakan salah seorang selebriti Bollywood yang dikritik hebat oleh orang ramai sejak akhir-akhir selain beberapa selebriti lain termasuk Alia Bhatt, Sonakshi Sinha, Sonam Kapoor dan Salman Khan.
(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: Gulf News & Box Office India Twitter)