Aktres Yami Gautam menyuarakan rasa senang hati apabila melihat semula kejayaan filem lakonannya "Uri: The Surgical Strike" dan "Bala" yang ditayangkan pada tahun ini mendapat sambutan tinggi.

"Tahun ini saya berpeluang untuk menggalas dua watak berbeza dalam dua filem besar. Saya ingin berterima kasih kepada Amar Kaushik kerana memberi peluang kepada saya untuk membawa watak Pari dalam "Bala". Ia tak semudah yang disangka.

"Filem "Uri" telah menyentuh emosi penonton dan mereka bangga atas filem itu. Filem "Bala" pula meraikan kekurangan seseorang.

"Saya percaya kejayaan ini bukan hanya dalam bentuk nombor sahaja, tetapi sokongan daripada penonton. Pendapat orang ramai terhadap saya berubah selepas filem "Bala" dan filem pertama saya "Vicky Donor"," katanya yang dipetik dari News Track Live.

Tambah aktres berusia 31 tahun itu lagi, dia berharap agar para pembikin filem akan terus memberi kepercayaan kepada potensinya untuk menjayakan pelbagai watak lain pada masa akan datang.

Beralih ke perkembangan baru, tahun 2020 akan menyaksikan Yami di layar perak sekali lagi menerusi filem komedi romantik "Ginny Weds Sunny".

Menerusi filem arahan debut Puneet Khanna itu, Yami bakal digandingkan bersama aktor Vikrant Massey. Kedua mereka akan menggalas watak Ginny dan Sunny yang diatur untuk berkahwin.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Cineblitz)
(Sumber artikel: News Track Live)