Semalam dunia Bollywood digemparkan dengan satu lagi berita kematian aktor sedang meningkat naik Sushant Singh Rajput, yang dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bandra, Mumbai.

Difahamkan kematian aktor berusia 34 tahun itu berpunca daripada bunuh diri akibat mengalami kemurungan dan tekanan hidup selama enam bulan.

Seperti yang dilihat menerusi laman Instagramnya, entri terakhir yang dikongsikan oleh Sushant adalah sekeping foto kolaj hitam putih dirinya dan ibunya berserta puisi yang menyayat hati.

"Blurred past evaporating from tear drops. Unending dreams carving an arc of smile and a fleeting life, negotiating between the two," tulisnya di ruangan kapsyen.

Blurred past evaporating from teardrops Unending dreams carving an arc of smile And a fleeting life, negotiating between the two... #माँ ❤️

A post shared by Sushant Singh Rajput (@sushantsinghrajput) on

Menurut laporan dari Manorama Online, ibu Sushant telah meninggal dunia pada 2002 ketika dia hanya berusia belasan tahun dan perkongsian itu ditujukan khas buat memperingati ibunya.

Para peminat dan orang ramai mula berpendapat bahawa perkongsian yang dimuat naik pada 3 Jun 2020 itu adalah satu petunjuk berupa nota bunuh diri.

Seperti yang dilihat pada ruangan komen Instagramnya, rata-rata peminat meluahkan rasa sedih atas pemergiannya serta menyanjungi dan memperingati semula kariernya sebagai seorang selebriti Bollywood.

Untuk rekod, filem pertama lakonan Sushant adalah "Kai Po Che!" (2013) arahan Abhishek Kapoor, yang mana dia dilihat berkongsi skrin dengan Amit Sadh, Rajkummar Rao dan Amrita Puri.

(Sumber: Manorama Online & Sushant Singh Rajput Instagram)
(Sumber foto: Sushant Singh Rajput Instagram)