Seorang peminat setia diva Bollywood Aishwarya Rai Bachchan telah berkongsikan foto Aishwaryadan anaknya Aaradhya Bachchan bersama penyanyi Cuba-Amerika Camila Cabello.

Menurut laporan dari Pinkvilla, foto itu diambil ketika Aishwarya dan Aaradhya hadir ke acara fesyen tahunan Paris Fashion Week pada tahun lalu.

Menerusi foto itu, Aaradhya dilihat pandai bergaya dengan berpakaian serba hitam seperti ibunya. Tidak hairan jika bintang cilik itu mempunyai peminatnya tersendiri.

Aishwarya

? #AishwaryaRai #AaradhyaBachchan #camilacabello #parisfrance #lorealista #loreal #throwbackthursday

A post shared by Aishwarya Rai Fan - Amit (@amit_aishgang) on

Difahamkan Aaradhya sering menemani ibu bapanya ke pelbagai acara dan majlis besar, sekaligus menarik perhatian orang ramai terutamanya para peminat.

Baru-baru ini, Aishwarya telah memuat naik foto lukisan yang dihasilkan oleh Aaradhya di laman Instagram sebagai penghargaan kepada para barisan hadapan yang berjuang membendung COVID-19.

Untuk rekod, nama Aishwarya Rai tidak asing di Amerika Syarikat terutamanya dalam industri perfileman Hollywood memandangkan dia pernah membintangi filem-filem seperti "Bride & Prejudice", "The Mistress of Spices" dan "The Pink Panther 2".

Kali terakhir membintangi filem "Fanney Khan" pada 2018, Aishwarya akan kembali ke layar perak menerusi sebuah filem Tamil arahan Mani Ratnam berjudul "Ponniyin Selva".

Buat masa ini ia masih dalam proses pembikinan dan penggambaran dan dijadual untuk ditayangkan di pawagam pada 2021.

(Sumber: Pinkvilla, Aishwarya Rai Instagram)
(Sumber foto: Amit Aishgang Instagram)