Aktres Shraddha Kapoor menjadi bualan orang ramai apabila foto dan videonya pergi bersiar-siar bersama jurugambar selebriti Rohan Shrestha menaiki motosikal tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan spekulasi mengenai hubungan cinta Shraddha dan Rohan mula timbul sejak dua tahun lalu selepas kedua-duanya sering dilihat keluar bersama di tempat awam.

Seperti yang dilihat dalam video yang tular itu, Shraddha dan Rohan memakai topeng muka dan cuba menyelindung mukanya daripada menjadi tumpuan paparazzi.

Shradha Kapoor & Rohan Shrestha spotted driving today on bike . Follow us for all full videos . . . #ShraddhaKapoor #TigerShroff #Tigershrofffans #lockdownindia #lockdown2020 #quarantine #quarantineindia #lockdown #bollywood #bollywoodnews #movies #bollywoodfans #filmstagram #bollywoodstylefile #filmstar #awards #moviestar #legends #moviescenes #filter #india_gram #indiancinema #instagood #instadaily #instalike #instashare #instamood #india #indian #bollywoodactor

A post shared by WHAT'S UP BOLLYWOOD (@whatsupbollywood) on



Menurut laporan dari News18, terdapat spekulasi yang timbul beberapa bulan lalu mengatakan bahawa pasangan itu bakal berkahwin pada tahun ini namun Shraddha lantas menafikannya.

Malah bapanya Shakti Kapoor juga tampil menafikan spekulasi itu dengan mengatakan yang dia juga tidak tahu menahu bahawa anaknya bakal melangsungkan perkahwinan.

Dalam pada itu, Shraddha yang kali terakhir dilihat berlakon bersama Tiger Shroff dalam "Baaghi 3" bakal kembali dengan sebuah filem baru arahan Luv Ranjan bersama Ranbir Kapoor pada 2021.

(Sumber: News18 & Whats Up Bollywood Instagram)
(Sumber foto: Filmibeat & M. Junaid Shaikh Twitter)