CLOSE
CLOSE AD

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

  • 27 Feb 2020
Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink

Sudah semestinya impian untuk menerima penghargaan atau anugerah menjadi impian setiap aktor dan aktres apabila mereka terlibat dalam sesebuah filem.

Begitu juga dengan aktres Taapsee Pannu, yang mengakui berasa kecewa kerana tidak menerima anugerah bagi penglibatannya dalam filem thriller sosial "Pink" arahan Aniruddha Roy Chowdhury.

"Satu-satunya saya berasa tersangat kecewa adalah apabila saya tidak menerima anugerah apabila "Pink" ditayangkan pada 2016.

"Malah saya juga tidak tercalon untuk anugerah dan jika ada sekalipun, saya tidak memenanginya walaupun orang ramai banyak bercakap mengenai persembahan saya dalam filem itu.

"Sebagai orang baru dalam industri perfileman pada waktu itu, saya meletakkan harapan tetapi apabila ia tidak tercapai, saya sangat hampa. Kini apabila menerima anugerah, saya berterima kasih kepada pihak juri dan pengkritik," katanya yang dipetik dari Hindustan Times.

Menerusi filem "Pink", Taapsee menggalas watak utama bersama bintang veteran Amitabh Bachchan dan Kirti Kulhari, serta pelakon lain seperti Angad Bedi, Vijay Varma dan Piyush Mishra.

Buat pengetahuan, filem itu juga berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Filem Nasional 2017, Festival Filem India Melbourne 2017, Anugerah Filmfare 2017 dan Anugerah Zee Cine 2017.

Terbaru, Taapsee sedang sibuk mempromosikan filem "Thappad" arahan Anubhav Sinha yang dirilis bermula 28 Februari ini. Filem itu turut dibintangi Pavail Gulati, Ratna Pathak Shah, Tanvi Azmi dan Dia Mirza.

Selain itu, dia juga bakal berkongsi skrin dengan aktor Vikrant Massey dalam sebuah filem thriller misteri terbitan Aanand L. Rai dan Himanshu Sharma berjudul "Haseen Dillruba" yang akan ditayangkan pada 18 September 2020.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Taapsee Pannu Instagram)



Suggested Articles

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.

Akshay-Kumar-Akui-Wabak-COVID-19-Jejaskan-Industri-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Akshay Kumar Akui Wabak COVID-19 Jejaskan Industri Bollywood

Aktor itu berkata penularan wabak berbahaya itu telah memberi kesan kepada banyak industri.

Kajol-Gembira-Buat-Pilihan-Tepat-Untuk-Debut-Filem-Pendek Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kajol Gembira Buat Pilihan Tepat Untuk Debut Filem Pendek

Aktres itu telah menjayakan filem pendek arahan Priyanka Banerjee berjudul "Devi".

Aparshakti-Khurana-jayakan-watak-utama-dalam-Helmet Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Aparshakti Khurana jayakan watak utama dalam "Helmet"

Filem arahan Satram Ramani itu kini berada dalam proses pos-produksi.