Aktres Raveena Tandon bakal membuat kemunculan semula di layar perak sebagai watak utama menerusi filem aksi sejarah "K.G.F: Chapter 2" arahan Prashanth Neel.
Berita itu telah diumumkan oleh Prashanth Neel, yang bertindak selaku pengarah bagi filem tersebut menerusi laman Twitter pada hujung minggu lalu.
Menurut laporan dari Telangana Today, Raveena akan menjayakan watak Ramika Sen, iaitu Perdana Menteri India pada 1981, dan berkongsi skrin dengan aktor Kannada Yash dan aktor veteran Sanjay Dutt.
Filem itu turut menampilkan barisan aktor lain seperti Anant Nag, Srinidhi Shetty, Malavika Avinash, Saran Sakthi, Achyuth Kumar, Vasishta N. Simha dan ramai lagi.
Buat pengetahuan lanjut, sesi penggambaran telah dijalankan pada tahun lalu di beberapa lokasi seperti Bangalore dan kawasan bukit cyan.
Diterbitkan oleh Hombale Films, "K.G.F: Chapter 2" akan ditayangkan di pawagam pada Julai 2020 dalam versi Kannada, Tamil, Telugu, Malayalam dan Hindi.
(Sumber: Telangana Today)
(Sumber foto: Raveena Tandon Instagram)
Public Anonymous User
Tue Feb 11 2020