Aktor Vicky Kaushal bakal mempelajari beberapa jenis seni bela diri sebagai persiapannya menggalas watak utama menerusi filem aksi adiwira "The Immortal Ashwatthama".
"Vicky mempunyai beberapa babak yang padat dengan aksi dalam filem ini dan pembikin filem ingin memastikan dia bersedia sepenuhnya sebelum penggambaran bermula.
"Dia akan menjalani latihan MMA, yang memfokuskan Krav Maga dan Jujitsu. Latihan menunggang kuda dalam filem "Takht" juga berguna dalam filem ini. Latihan pedang, tombak dan memanah juga turut disertakan," dedah sumber yang dipetik dari Mumbai Mirror.
Selain memahirkan teknik penggunaan senjata dan seni bela diri, filem itu turut memerlukan aktor berusia 31 tahun berkenaan untuk membina badan supaya kelihatan lebih tegap serta menambah berat sehingga 110kg.
Menerusi filem itu juga, Vicky yang bakal menjalani penggambaran "Takht" pada pertengahan Mac depan akan kembali bekerjasama dengan pengarah "Uri: The Surgical Striker" Aditya Dhar.
"Aditya kini sedang mencari beberapa pengarah filem aksi dari serata dunia untuk berkolaborasi dalam menjayakan filem ini," tambah sumber itu lagi.
Sesi penggambaran bakal berlangsung dalam satu jadual penuh di beberapa lokasi antarabangsa seperti Greenland, Tokyo, New Zealand dan Namibia, sementara pos-produksi dan suntingan termasuk VFX bakal dilakukan di Amerika Syarikat.
(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Filmibeat)
Public Anonymous User
Thu Feb 06 2020
Pasanga 2 I Episode 20 [Preview]
Pasanga 2 I Episode 19 [Preview]
Pasanga 2 I Episode 18 [Preview]
Learn more about the Global Organization of People of Indian Origin (GOPIO).
Saree Draping | Moon Nila | Isha Norham
Celebrating Merdeka through unity in diversity! Watch as Moon Nila guides Isha Norham and Celes in the art of saree tying, embracing the beauty of Indian culture across races. Can they pull it off? Stay tuned for the magic! A big shoutout to both for being such great sports in learning something new!
#InilahKita #Sareedraping #astroulagam #Merdeka2024